AM

IPPTAR DISASAR ANJUR 30 KURSUS KHUSUS KEPADA PENGAMAL MEDIA - TEO NIE CHING

24/05/2024 11:50 AM

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kementerian Komunikasi menerusi Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR) telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi menganjurkan lebih 70 kursus berkaitan media dan penyiaran tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata dari jumlah tersebut, 18 daripadanya melibatkan modul khusus berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang boleh dimanfaatkan oleh semua pengamal media tidak kira dari agensi kerajaan ataupun swasta.

“Untuk tahun ini sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) IPPTAR adalah untuk menganjurkan 30 kursus untuk rakan-rakan media.

“Jadi untuk mereka yang kakitangan kerajaan, pendaftaran adalah RM30 (manakala) untuk swasta bergantung kepada kursus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pendidikan Micro-Credentials 2024di sini, semalam.

Teo berkata inisiatif berkenaan adalah sebagai satu daripada usaha kementerian untuk membantu pengamal-pengamal media mempelajari teknologi terkini dan seterusnya mengaplikasikannya dalam pelaksanaan tugas mereka.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan