JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Warga Emas Ditemukan Lemas Dalam Longkang

23/05/2024 10:56 PM

IPOH, 23 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada 2.30 petang.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis menjalankan pencarian dalam longkang berkenaan dan menemukan mayat lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan punca kematian disebabkan lemas serta tiada sebarang unsur jenayah.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan