SUKAN

MOHD ROWI DILANTIK PENOLONG PENGURUS KDN FC

23/05/2024 10:58 PM

KOTA BHARU, 23 Mei (Bernama) -- Pengarah Urusan Eniq World Group Datuk Mohd Rowi Dollah hari ini dilantik sebagai penolong pengurus pasukan Liga Super Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).

Presiden KDN FC Rozi Muhamad melahirkan keyakinan pengalaman Mohd Rowi yang sebelum ini bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan akan membolehkan beliau menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya.

"Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada Mohd Rowi atas pelantikan ini," katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam pada itu Mohd Rowi menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan KDN FC dan berjanji akan membantu kelab itu menjadi sebuah pasukan yang disegani.  

"Insya-Allah tugas yang diamanahkan ini akan saya galas dengan sebaik mungkin demi memastikan kejayaan buat pasukan Sang Kijang Emas pada saingan Liga Malaysia musim ini," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan