AM

BANJIR DI PERAK: 130 MANGSA MASIH BERLINDUNG DI PPS SETAKAT MALAM INI

23/05/2024 10:37 PM

IPOH, 23 Mei (Bernama) -- Mangsa banjir di daerah Perak Tengah berkurang malam ini iaitu 130 orang daripada 44 keluarga berbanding 209 mangsa daripada 73 keluarga pagi tadi yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Parit. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan setakat malam ini, PPS tersebut masih menempatkan penduduk dari Kampung Serapoh dan Kampung Buloh Akar selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat tengah malam tadi.

Hujan lebat berterusan malam tadi turut menyaksikan beberapa kawasan dinaiki air di Manjung, Lahat dan Ipoh termasuk di Taman Cempaka.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan