AM

KPDN KELANTAN TEMPATKAN ANGGOTA DI STESEN MINYAK DI SEMPADAN NEGARA

23/05/2024 06:10 PM

KOTA BHARU, 23 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menempatkan anggota di beberapa stesen minyak di sempadan Malaysia-Thailand bagi membanteras aktiviti penyeludupan minyak bersubsidi.

Pengarah berkenaan Azman Ismail berkata setakat ini, anggota KPDN telah ditempatkan di stesen terpilih di dua daerah iaitu Tumpat dan Pasir Mas dengan mereka bertugas dari 7 pagi hingga 11 malam, sejak 1 Mei lepas.

“Anggota berkenaan akan merekodkan sebarang pergerakan yang berlaku di stesen itu dan memantau penjualan minyak bersubsidi agar tidak sewenang-wenangnya dijual kepada pihak tertentu termasuk kenderaan asing yang dibimbangi menjurus kepada penyeludupan keluar bahan api ke negara jiran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata terdapat 46 stesen minyak di negeri itu yang berada dalam radius 20 kilometer daripada sempadan negara.

Azman berkata selain itu pihaknya turut memberi tumpuan kepada stesen-stesen minyak di Kota Bharu.

“Secara purata terdapat lebih 20 kes melibatkan rampasan bahan api yang dipercayai akan diseludup keluar ke negara jiran dengan lima tangkapan dilakukan setiap bulan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan