DUNIA

5 Warga Asing Di Brunei Dipenjara Atas Kesalahan Imigresen

23/05/2024 05:36 PM

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei (Bernama-Xinhua) -- Lima warga asing di Brunei dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana melanggar peraturan imigresen, menurut Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (INRD) Brunei Darussalam.

Menurut INRD, seorang lelaki Filipina berusia 64 tahun dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan dan denda 800 dolar Brunei (US$590) sebagai ganti hukuman sebat kerana tinggal lebih masa. Lelaki itu gagal membayar denda dan hukuman penjaranya dilanjutkan kepada 10 bulan, lapor Xinhua memetik laporan akhbar harian tempatan Borneo Bulletin pada Rabu.

Sementara itu, seorang lelaki warga India berusia 60 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana tinggal lebih masa.

Dalam kes lain, tiga warga Indonesia ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara, termasuk seorang lelaki berusia 50 tahun yang menerima hukuman terakhir enam bulan penjara dan dua lagi dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan kerana bersubahat membantu lelaki berusia 50 tahun itu meninggalkan negara secara haram.

-- BERNAMA-XINHUA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan