AM

Perak Tengah Banjir, 209 Mangsa Berpindah Ke Pps

23/05/2024 03:08 PM

IPOH, 23 Mei (Bernama) -- Sebanyak 209 mangsa daripada 73 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan beberapa kawasan di daerah Perak Tengah dinaiki air akibat hujan lebat malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi ini, sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3, Parit menempatkan penduduk dari Kg Serapoh dan Kampung Buloh Akar.

Minggu lepas, daerah tersebut dan dua buah lagi daerah iaitu Taiping dan Kuala Kangsar dilanda banjir yang memaksa lebih 500 mangsa berlindung di 10 PPS selama hampir seminggu.

Hujan lebat berterusan malam tadi turut menyaksikan beberapa kawasan dinaiki air di daerah Manjung, Lahat dan Ipoh termasuk di Taman Cempaka.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan