AM

PERAK JALIN KERJASAMA DENGAN INDUSTRI PELANCONGAN HONG KONG

23/05/2024 12:10 AM

IPOH, 22 Mei (Bernama) -- Perak menjalinkan kerjasama dengan pemain industri pelancongan Hong Kong untuk menarik pelancong melawat negeri ini sempena Tahun Melawat Perak (VPY) 2024, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Loh Sze Yee.

Loh berkata ramai mungkin tidak menyedari nama  Ipoh cukup dikenali di Hong Kong memandangkan ramai bintang filem dan penyanyi dari bandar raya ini mempunyai aktiviti profesional di Hong Kong.

“Kita sangat terkenal di Hong Kong tetapi mereka lebih mengenali kita sebagai Ipoh berbanding Perak.

"Jadi sudah tentu kita perlu berusaha untuk menjenamakan semula kerana di samping lebih suka menggunakan nama Ipoh tetapi pada masa sama kita turut memasarkan nama Perak," katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran sulung kempen perniagaan ke perniagaan (B2B) VPY 2024 dan sesi familiarisation trip Tourism Malaysia Hong Kong ke Perak di sini malam ini.

Loh berkata sesi B2B hari ini yang disertai oleh Tourism Perak turut menyediakan mengenai tawaran terkini pelancongan Perak yang disediakan khusus untuk pasaran Asia Timur.

Untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dan kerjasama di peringkat antarabangsa, Loh akan menyertai ITB China dari 27 hingga 29 Mei.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan