AM

ANAK MB PERLIS, BEKAS SETIAUSAHA POLITIK DIDAKWA ESOK - SPRM

22/05/2024 10:44 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Anak Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis esok atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata anak Mohd Shukri yang juga pemilik sebuah syarikat akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 pada 8 pagi.

Anak kepada Mohd Shukri direman SPRM pada 24 April lepas bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkenaan dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April.

Mohd Shukri turut ditahan SPRM enam hari kemudian berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di negeri Perlis sejak 2022 dan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas lapan jam disiasat.

Dalam pada itu, seorang bekas setiausaha politik kepada pemimpin parti pembangkang akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8.30 pagi esok. Bagaimanapun, tiada maklumat jelas mengenai pertuduhan dihadapinya.

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan