DUNIA

1,658 Produk Dipromosi Di Persidangan China (guangxi)-asean Mengenai Sayur-sayuran Spesies Baharu 2024

21/05/2024 02:52 PM

NANNING, 21 Mei (Bernama-CMG) -- Persidangan China (Guangxi)-ASEAN mengenai Sayur-sayuran Spesies Baharu 2024 dan Persidangan Jagung Segar China (Nanning) ke-8 dirasmikan di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada Isnin.

Persidangan itu turut diserikan dengan kehadiran 123 institusi penyelidikan saintifik dan perusahaan di seluruh negara China yang membawakan sebanyak 1,658 produk terkini (termasuk 47 jenis premium dari luar negeri).

Difahamkan, persidangan yang bertemakan 'mempromosikan spesies baharu dan mempelbagaikan jenis sayur-sayuran untuk masakan harian' itu akan berlangsung hingga 10 Jun.

Lokasi geografi yang bersempadan dengan negara-negara ASEAN, pelaksanaan dasar pintu terbuka dan peningkatan penyelarasan dalam penggunaan pasaran domestik serta pasaran antarabangsa merupakan antara faktor-faktor yang menjadikan pertukaran dan kerjasama antara wilayah Guangxi dengan negara-negara ASEAN semakin rancak dalam industri benih pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Beroperasinya sebahagian pusat eksperimental tanaman pertanian jenis premium China (Guangxi) - ASEAN di lima negara ASEAN termasuk Laos, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Myanmar, dilaporkan kondusif bagi perusahaan dari Guangxi menjalankan demonstrasi tanaman padi, jagung, sayur-sayuran dan lain-lain.

Ia juga meletakkan batu asas yang baik untuk mempromosikan benih di negara-negara ASEAN, sekali gus mengharumkan nama produk dan meningkatkan syernya dalam pasaran tempatan.

Untuk rekod, Persidangan China (Guangxi)-ASEAN mengenai Sayur-sayuran Spesies Baharu merupakan pameran sayur-sayuran dan jagung segar yang terbesar di kawasan bahagian barat daya China berhubung skalanya, produk yang dipamerkannya, keberkesanan tanaman dan penglibatan khalayak ramai.

Temasya yang telah diadakan sebanyak tujuh edisi sejak tahun 2017 di bandar Nanning wilayah Guangxi telah menyaksikan berlangsungnya pertunjukan tentang 7,734 sayur-sayuran spesies baharu.

-- BERNAMA-CMG


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan