AM

Mb Inc Perak Rangkul Pemegang Lesen Terbaik Kategori Bahan Radioaktif jabatan Tenaga Atom

21/05/2024 02:54 PM

IPOH, 21 Mei (Bernama) --  Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif  (Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023 oleh Jabatan Tenaga Atom, baru-baru ini.

Anugerah itu disampaikan pada Simposium Teknikal Jabatan Tenaga Atom 2024 yang disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc Perak, Anuar Zainal Abidin berkata anugerah sama telah diterima perbadanan itu bagi tahun 2018-2020 pada 2022 atas pengurusan cemerlang Tapak Repositori, Mukim Belanja yang dikawal selia Amanjaya Global Sdn. Bhd.

Anuar berkata MB Inc Perak merupakan satu-satunya pemegang lesen dari negeri itu yang dipilih untuk kategori tersebut daripada lebih 1,810 pemegang lesen di seluruh negara.

“Kami berasa berbesar hati dengan pengiktirafan kali kedua ini dan semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin kepada syarikat berkaitan kerajaan negeri lain untuk bersama-sama terus menyumbang terhadap pembangunan dan kecemerlangan negeri Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penganugerahan itu dinilai berdasarkan beberapa kriteria antaranya pengurusan keselamatan sinaran, pemantauan radiologi yang efisien, inisiatif komuniti seperti tanggungjawab sosial korporat atau perkongsian ilmu berkaitan kesedaran keselamatan sinaran, tiada tindakan undang-undang dari pihak berkuasa serta tiada kemalangan radiologi dan nuklear.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan