AM

KERAJAAN KECAM TINDAKAN UGUT AHLI PARLIMEN - FAHMI FADZIL

19/05/2024 05:56 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Kerajaan mengecam tindakan pihak yang cuba untuk mengugut dan mengancam keselamatan Ahli Parlimen di negara ini. 

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata tindakan memalukan seperti itu tidak seharusnya berlaku ke atas mana-mana Ahli Parlimen, baik mereka dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.

“Saya kesal kerana perkara ini tidak harus diperlakukan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat.

“Mereka ada hak untuk bersuara dan ini terpakai sama ada mereka adalah Ahli Parlimen di pihak kerajaan atau pembangkang, jangan diugut kerana mereka adalah suara rakyat,” katanya selepas melancarkan Ekspresi Bulan Kebangsaan di ibu negara hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian sebagai respons kepada kejadian melibatkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang menerima ancaman surat berisi dua butir peluru dan satu kertas putih bersaiz A4 tertera perkataan ugutan bunuh yang diletakkan di peti surat kediamannya semalam. 

Ekoran itu Terasa dalam hantaran di laman Facebooknya berkata beliau telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Petaling.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan