SUKAN

HANNAH YEOH UCAP TAHNIAH PELANTIKAN NICOL DAVID SEBAGAI PRO-CANSELOR HERIOT-WATT UNIVERSITY MALAYSIA

19/05/2024 03:04 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nicol David atas pelantikan ratu skuasy negara itu sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia.

“Congratulations Datuk @NicolDavid!,” katanya menerusi catatan di akaun X.

Sementara itu Nicol dalam catatan Instagramnya semalam menyuarakan rasa gembira dengan penghormatan yang diberikan universiti untuk menjadi duta mereka, dan ia pastinya memberi inspirasi kepada belia pada masa hadapan.

Bekas juara dunia lapan kali itu mengaku tidak pernah dalam termimpi bahawa beliau akan menjadi Pro-Canselor mana-mana universiti, dan agak terkejut semasa menerima panggilan daripada Heriot-Watt University Malaysia mengenai tawaran berkenaan baru-baru ini.

Atlet dari Pulau Pinang itu berkata pengiktirafan universiti itu terhadap pencapaiannya dalam sukan, amat mengagumkan.

“Pada masa isu kesihatan mental memerlukan semua sokongan yang boleh kita berikan, saya amat berbangga apabila universiti ini juga mengiktiraf kepentingan untuk mempromosikan sukan dan kesihatan sebagai fokus untuk menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif dalam kehidupan mereka dan meningkatkan prestasi mereka dalam pendidikan serta kesejahteraan mental secara keseluruhan.

"Harapan saya adalah untuk melihat lebih ramai pelajar terlibat dalam sukan di seluruh universiti dan ini akan menyumbang kepada pembentukan pelajar yang lebih sihat yang akan dapat komited untuk mencapai impian dan aspirasi mereka sendiri," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan