AM

Anggota Tentera Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Selepas Sertai Larian Bomba

19/05/2024 01:52 PM

MELAKA, 19 Mei (Bernama) -- Seorang anggota tentera meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia MADANI di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, yang bertugas di Kem Rasah, Negeri Sembilan meninggal dunia kira-kira 12.15 tengah malam selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Melaka.

Beliau berkata anggota tentera itu dibawa ke hospital berkenaan kira-kira 10.26 malam tadi dan diberikan rawatan pernafasan selama 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia.

“Anggota tentera itu menyertai larian berkenaan yang bermula kira-kira 6 petang semalam. Siasatan awal mendapati dia menghidap darah tinggi sejak setahun lepas dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gemas, Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang unsur perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan