AM

Masyarakat Perlu Berhemah Dalam Kempen Solidariti Bersama Palestin - Mohd Na’im

19/05/2024 01:30 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar meminta semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem dalam melakukan kempen solidariti bersama Palestin.

Mohd Na’im berkata apa jua tindakan yang diambil perlulah dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak, justeru beliau menyeru agar semua pihak bersolidariti dengan rakyat Palestin melalui pelbagai pendekatan tersendiri termasuk mendoakan kekuatan dan kesejahteraan mereka.

“Dalam isu Palestin, saya percaya semua pihak memahami bahawa kekejaman yang dilakukan pihak Zionis Israel terhadap rakyat Palestin tidak boleh diterima sama sekali. Tindakan yang dilakukan pihak Zionis Israel amat biadap, melampau serta di luar batas kemanusiaan.

“Apa-apa tindakan yang boleh mengundang keresahan awam perlu dielakkan sama sekali. Apatah lagi ia melibatkan fitnah, mencaci, maki hamun, ugutan dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini netizen melancarkan kempen  memboikot artis Malaysia yang terbabit mempromosikan jenama dan barangan dari negara Israel.

Kempen itu merupakan salah satu cara menunjukkan sokongan terhadap negara dan rakyat Palestin.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan