ALOR SETAR, 15 Mei (Bernama) -- Hampir 30 unit kereta mini mainan hangus dalam kebakaran berhampiran sebuah hotel di Kampung Baru di sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.50 pagi sebelum sepasukan anggota bergerak ke lokasi yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai.
"Seramai 12 anggota tiba empat minit kemudian. Sebaik tiba, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan kereta mini permainan kanak-kanak dengan anggaran hampir 30 unit.
"Tindakan pemadaman kebakaran dilakukan dengan dua aliran pancutan air sehingga api berjaya dikawal dan tiada lagi punca api di lokasi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi semasa kejadian dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.45 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial