AM

Sarawak Selidik Olah Kanji Sagu Jadi Nasi

13/05/2024 01:53 PM

KUCHING, 13 Mei (Bernama) -- Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Bagaimanapun beliau berkata, tidak akan terlalu cepat untuk penyelidikan itu menghasilkan keputusan pasti yang boleh menentukan kebolehlaksanaan untuk ia dikomersialkan.

“Belum lagi (di peringkat komersial). Ia masih dalam peringkat penyelidikan makmal tetapi ia adalah satu kejayaan di mana mereka mendapati bahawa salah satu produk yang boleh dihasilkan daripada kanji sagu ini ialah menukarkannya menjadi beras,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan untuk kementeriannya, beliau berkata penyelidikan itu dijalankan oleh sebuah syarikat milik kerajaan negeri, CRAUN Research Sdn Bhd, dengan hasrat untuk mempelbagaikan produk sagu dan menyediakan peluang untuk menangani isu keselamatan makanan.

“Nasi sebagai makanan ruji kita kini boleh dirumus menggunakan kanji daripada sagu. Jika anda tidak mempunyai deria rasa yang tajam, anda tidak akan dapat bezakan antara nasi biasa dan nasi kanji sagu,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan