AM

MEROKOK DI PUSAT BELI BELAH LABUAN : 12 DIBERIKAN NOTIS

10/05/2024 07:06 PM

LABUAN, May 10 (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Labuan mengeluarkan notis kepada 12 individu atas kesalahan merokok di tempat yang tidak dibenarkan mengikut Seksyen 32B Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004), dalam operasi dijalankan sekitar Kompleks Ujana Kewangan di sini.

Pengarahnya Dr Francis Paul berkata pihaknya bersama unit penguat kuasa Perbadanan Labuan dan polis telah mengadakan operasi di kawasan kompleks itu dengan memfokuskan kepada kedai runcit, farmasi dan juga pasar raya besar.

“Pesalah diberi tempoh sebulan untuk menjelaskan denda mereka, dengan pesalah kali pertama berpeluang merayu bagi mendapatkan pengurangan jumlah penalti,” katanya kepada Bernama selepas operasi itu hari ini.

Dr Francis berkata larangan merokok di tempat awam seperti pusat beli-belah, termasuk juga kawasan untuk memunggah barangan, kerana selagi berada dalam lingkungan bangunan, merokok tetap dilarang.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan