DUNIA

BURSA MALAYSIA RENDAH SEMASA AKHIR SESI PAGI

09/05/2024 01:34 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi selepas mencatatkan kenaikan awal pada Khamis berikutan aktiviti pengambilan untung yang meningkat, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.28 mata atau 0.27 peratus kepada 1,600.47 daripada 1,604.75 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks barometer yang dibuka 1.46 mata lebih tinggi kepada 1,606.21 itu bergerak di antara 1,599.29 dengan 1,607.38 sepanjang dagangan pagi.

Walau bagaimanapun, bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung dan kaunter rugi masing-masing pada 470 dan 469, manakala 503 kaunter tidak berubah, 886 kaunter tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.89 bilion unit bernilai RM1.56 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan pasaran mungkin bergerak ke arah penurunan semula yang baik selepas kenaikan kukuh berterusan yang ketara sejak dua minggu lepas.

“Memandangkan aktiviti pengambilan untung meningkat, kami percaya pelabur mungkin beralih dengan menumpukan sektor yang lebih bersifat defensif seperti pengguna dan utiliti,” tambahnya dalam nota penyelidikan.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank, CIMB dan Petronas Chemicals masing-masing naik dua sen kepada RM9.82, RM6.76 dan RM7.00 manakala Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM12.44 dan Public Bank turun tiga sen kepada RM4.17.

Bagi saham aktif, Harvest Miracle kurang satu sen kepada 10.5 sen, MYEG naik setengah sen kepada 99 sen, Malayan United tidak berubah pada 5.5 sen, Pan Malaysia menokok lima sen kepada 27 sen dan SNS menambah 3.5 sen kepada 52 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 26.09 mata kepada 12,081.75, Indeks FBMT 100 turun 30.15 mata kepada 11,697.25, Indeks FBM Emas Syariah kurang 42.97 mata kepada 12,294.60 dan Indeks FBM 70 menguncup 39.23 mata kepada 16,966.66.

Indeks FBM ACE naik 1.72 mata kepada 5,137.77.

Berdasarkan sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 9.56 mata kepada 17,466.40, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.07 mata kepada 192.85, Indeks Perladangan merosot 40.54 mata kepada 7,460.32 manakala Indeks Tenaga naik 3.45 mata kepada 984.76.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan