AM

KES PELABURAN MATA WANG ASING RM38 JUTA: SPRM TAHAN PENGARAH SYARIKAT, PEMILIK FIRMA GUAMAN

08/05/2024 10:17 PM

KUALA LUMPUR 8 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat dan seorang pemilik firma guaman yang disyaki mengemukakan butiran palsu berkaitan pelaburan mata wang asing berjumlah kira-kira RM38 juta.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 50-an itu dipercayai mengemukakan pelan pelaburan, skim perlindungan insurans dan laporan mingguan yang mengandungi butiran palsu pada 2020.

Kedua-dua suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM dan Pejabat SPRM Seberang Prai, Pulau Pinang pada kira-kira 5 petang semalam.Forex

Mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini dan Majistret Ti Pei Si mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari. 

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan