AM

IMIGRESEN KELANTAN PROSES 15,000 PAS SEMPADAN SETIAP BULAN

08/05/2024 05:02 PM

KOTA BHARU, 8 Mei (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kelantan memproses kira-kira 15,000 permohonan Pas Sempadan daripada penduduk negeri ini setiap bulan, kata Pemangku Pengarah Imigresen Negeri Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman.

Beliau berkata kebanyakan permohonan itu dibuat di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.

Beliau berkata selain di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di negeri turut menjadi tumpuan, terutamanya ketika musim cuti umum dan cuti persekolahan.

“Selain itu imigresen turut membuka kaunter permohonan Pas Sempadan di Kompleks Imigresen Kelantan di Jalan Hospital di sini, bagi memudahkan urusan," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Imigresen Kelantan, di sini, hari ini.

Nik Akhtarulhaq berkata pengoperasian hanya untuk Pas Sempadan sahaja bermula pada 17 Mac lepas, manakala untuk pemerosesan pasport antarabangsa setakat ini belum dipraktikkan.

Beliau berkata dengan wujudnya kaunter khusus bagi memproses Pas Sempadan di kompleks berkenaan, ia diharap dapat membantu orang ramai menguruskan permohonan dengan lebih pantas, tanpa perlu beratur panjang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan