AM

SARAWAK TERIMA 1,403 PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN INDIVIDU DI BAWAH 21 TAHUN – FATIMAH ABDULLAH

08/05/2024 12:46 PM

KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak menerima 1,403 permohonan kewarganegaraan melibatkan kanak-kanak dan individu berusia 21 tahun ke bawah bagi tempoh 2018 hingga 2023.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 657 permohonan telah mendapat keputusan, manakala 746 permohonan masih dalam proses kelulusan.

“Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini pula sebanyak 50 permohonan telah diterima. Daripada jumlah itu sebanyak tiga pemohonan sudah mendapat keputusan, manakala 47 pemohonan masih diproses,” katanya.

Tambah beliau, kes-kes tertunggak akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang akan datang.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Noorazah Awang Sohor (GPS-Lingga) yang ingin tahu berapakah  jumlah kes kewarganegaraan di Sarawak yang melibatkan individu berusia 21 tahun ke bawah pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Fatimah berkata bukan semua individu yang dilahirkan di dalam negara boleh memperoleh  kewarganegaraan secara automatik.

“Dalam hal ini, kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan status perkahwinan ibu bapa yang sah berdaftar mengikut undang-undang negara.

“Kedua, taraf kewarganegaraan ibu bapa individu berkenaan sewaktu kelahiran berlaku dan ketiga, kelahiran berlaku sebelum pendaftaran perkahwinan ibu bapa mengikut perundangan negara,” katanya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan