AM

KUMPULAN SIRIM RAIKAN 2,500 PELANGGAN SEMPENA MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI

07/05/2024 09:21 AM

SHAH ALAM, 6 Mei (Bernama) -- Kira-kira 2,500 pelanggan, rakan niaga dan pemegang kepentingan diraikan Kumpulan SIRIM pada Majlis Hari Raya Aidilfitri kumpulan itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), dekat sini, Jumaat lepas (3 Mei).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata majlis bertemakan Warna Warni Aidilfitri yang bermula 2.30 petang hingga 7 petang itu dihadiri oleh wakil kementerian, agensi kerajaan, peneraju syarikat korporat, usahawan dan persatuan industri dari pelbagai sektor yang sentiasa bekerjasama rapat dengan SIRIM Berhad dan anak-anak syarikatnya.

“Kami amat menghargai kerjasama dan sokongan oleh para pelanggan dan agensi berkaitan. Majlis seumpama ini membolehkan kami berinteraksi dalam suasana lebih santai, sekali gus merapatkan hubungan sedia ada.

“Penganjuran majlis ini bertujuan untuk mengukuhkan jaringan kerjasama yang terjalin antara SIRIM dan pelanggan, rakan niaga dan pemegang kepentingan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Sabirin berkata di samping mengenakan busana tradisi Malaysia yang berwarna-warni, para tetamu turut disajikan dengan pelbagai juadah tempatan dan dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi Haziq Rosebi.  

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan