SUKAN

SERAMAI 3,358 PESERTA SERTAI L'ETAPE MALAYSIA ESOK

04/05/2024 07:49 PM

MELAKA, 4 Mei (Bernama) -- Sebanyak 3,358 peserta tempatan dan antarabangsa mengesahkan penyertaan edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia oleh Tour de France yang akan bermula di The Sail Melaka di sini esok.

Ketua Pegawai Eksekutif MUSE Group Asia Riduwan Matni berkata dua edisi kejohanan berbasikal tersebut yang sebelum ini diadakan di Desaru, Johor kini beralih ke Melaka dalam usaha mengembangkan jenama kejohanan basikal amatur terbesar dalam negara itu.

“Tahun ini kita merasakan sudah tiba masanya kita buat acara ini di luar Johor pula serta sempena Visit Melaka 2024.

“Daripada jumlah itu 45 peratus peserta adalah mereka yang datang dari luar negara. Jadi daripada segi pelancongan kejohanan ini antara acara yang dapat sambutan baik peserta luar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

L'Etape menampilkan kategori ‘Elite Wave’ 140 kilometer (km), 'The Race' (140km) dan 'The Ride' (70km) bagi.

Riduwan berkata pihaknya mempunyai perancangan untuk menganjurkan satu lagi kejohanan sama namun negeri penganjur masih di peringkat perbincangan dalam usaha mengembangkan lagi jenama L’etape ke serata Malaysia.

L'Etape de Tour ialah acara berbasikal beramai-ramai tahunan yang membolehkan penunggang basikal amatur untuk berlumba di laluan yang sama seperti peringkat Tour de France.

Selain Malaysia, siri itu kini telah berkembang ke 14 negara antarabangsa seperti China, Thailand, Mexico, Brazil dan Australia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan