AM

SULTAN IBRAHIM BERKENAN HADIR MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA

04/05/2024 04:40 PM

ALOR GAJAH, 4 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di kediamannya di Kampung Pulau di sini.

Sultan Ibrahim diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, tiba kira-kira 3 petang dan disambut Ab Rauf dan isteri Datin Seri Zuriyah Ab Aziz.

Turut hadir menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ialah barisan Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri serta rakyat jelata.

Majlis terbuka berkenaan dijadualkan berlangsung bermula 3 petang hingga 11 malam ini dengan menyajikan pelbagai juadah kepada tetamu.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan