AM

TERIMA KASIH PENGAMAL MEDIA JADI TONGGAK UTAMA SAMPAIKAN MAKLUMAT - MOHAMAD FAUZI

03/05/2024 11:30 AM

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa mengucapkan selamat menyambut Hari Kebebasan Media Sedunia kepada pengamal media seluruh negara.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengamal media kerana menjadi tonggak utama dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Terima kasih kepada para pengamal media di seluruh Malaysia kerana menjadi tonggak utama dalam menyiarkan informasi terkini dan sahih kepada masyarakat,” katanya.

Hari Kebebasan Media Sedunia disambut pada 3 Mei setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebebasan akhbar dan mendukung hak kebebasan bersuara selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan