AM

PM GALAKKAN JEPUN DAN QATAR TEROKAI PELABURAN DI KELANTAN

02/05/2024 11:16 PM

KOTA BHARU, 2 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menggalakkan Jepun dan Qatar untuk menerokai pelaburan di Kelantan.

Anwar berkata sebagai pemimpin utama negara, beliau akan sentiasa berusaha sedaya upaya membantu membangunkan semua negeri di Malaysia.

  "Walaupun saya tidak pernah mendapat mandat daripada Kerajaan Negeri Kelantan tetapi saya anggap ini tanggungjawab saya untuk sedaya upaya bantu rakyat… semasa lawatan saya ke Jepun dan Qatar sebelum ini, saya cadangkan kepada pemimpin negara terbabit supaya turut memilih Kelantan sebagai lokasi pelaburan selain negeri lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar Tunjong di sini malam ini yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Perdana Menteri juga berharap kerajaan negeri memudahkan proses perolehan tanah supaya industri pertanian dapat dikembangkan dalam skala besar di Kelantan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan