AM

TIADA CUTI TAMBAHAN UNTUK HARI HOL, HARI WESAK DI PAHANG

02/05/2024 07:52 PM

KUANTAN, 2 Mei (Bernama) -- Kerajaan Pahang menetapkan tiada cuti tambahan untuk negeri itu pada 23 Mei ini bagi menggantikan cuti Hari Hol dan Hari Wesak yang jatuh serentak pada 22 Mei.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Zulkifli Yaacob menerusi kenyataan ringkas hari ini. 

"Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri telah menetapkan cuti bagi Hari Hol dan Hari Wesak adalah pada 22 Mei 2024 sahaja," katanya.  

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan