BERITA TERGEMPAR   Manufacturing sector increased by 1.9 per cent in 1Q 2024 after recording a contraction of 0.3 per cent in the previous quarter -- DOSM | Two policemen killed, one injured in shooting at Ulu Tiram Police Station, Johor Bahru early this morning - Johor Police Chief | Dua anggota polis maut dan seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi - KP Johor | 
 AM

WAN JUNAIDI HASRAT ADAKAN PROGRAM JELAJAH, DEKATI RAKYAT BUMI KENYALANG

02/05/2024 02:32 PM

KUCHING, 2 Mei (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyuarakan hasrat untuk mendekati rakyat Bumi Kenyalang menerusi program jelajah ke seluruh negeri, khususnya melibatkan kawasan pedalaman. 

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata Wan Junaidi memaklumkan beliau mahu menonjolkan keunikan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak dalam jelajah berkenaan.

Beliau berkata tarikh program itu masih belum ditetapkan, namun Wan Junaidi jelas sangat teruja dengan idea itu, terutama mengenai lawatan ke kawasan pedalaman. 

“Yang Dipertua Negeri juga menasihatkan kami bahawa antara perkara yang harus dijaga ialah keunikan perpaduan di Sarawak. Tun (Wan Junaidi) berhasrat meletakkan dirinya sebagai pemimpin semua kaum, dan pastikan perpaduan kaum ini kekal menjadi ciri utama Sarawak,” katanya. 

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan sewaktu kunjungan hormat terhadap Wan Junaidi di Astana Negeri, hari ini.

Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon dan pegawai-pegawai kanan UKAS. 

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan