BERITA TERGEMPAR   Manufacturing sector increased by 1.9 per cent in 1Q 2024 after recording a contraction of 0.3 per cent in the previous quarter -- DOSM | 
 AM

JPN PERGIAT MASUK PEDALAMAN KAMPUNG ORANG ASLI, DAFTAR SIJIL KELAHIRAN, MYKAD

01/05/2024 06:32 PM

KOTA BHARU, 1 Mei (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPN Faizah Jaarudin berkata langkah itu dilaksanakan di bawah Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) antaranya melibatkan beberapa kampung Orang Asli di Kelantan seperti di Pos Brooke, Pos Gob dan Pos Simpor.

Beliau berkata JPN turun ke kampung mereka bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) selain bekerjasama rapat dengan Tok Batin.

Ekoran perkampungan Orang Asli yang jauh, beliau berkata pihaknya menggunakan van untuk ke lokasi terbabit mengikut jadual ditetapkan.

“Apabila siap permohonan kad pengenalan atau sijil kelahiran, JPN akan ke sana (kampung Orang Asli) semula untuk penghantaran.

"Pada masa ini, kami dalam permohonan mendapatkan kenderaan pacuan empat roda bagi melancarkan lagi pergerakan kami ke pedalaman kampung Orang Asli," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya JPN di RTC Tunjong, di sini, hari ini. 

Beliau berkata antara cabaran yang dihadapi ialah mendekati masyarakat Orang Asli Suku Bateq bagi proses pendaftaran kerana mereka kerap berpindah-randah. 

"Memandangkan kami sudah memahami budaya Orang Asli seperti berpindah-randah maka kami menyelesaikan masalah pendaftaran dengan kemudahan komunikasi dan teknologi yang ada sekarang,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan