EKONOMI

HIBISCUS PETROLEUM SASAR MANFAATKAN LIMPAHAN EKONOMI DI TOK BALI

01/05/2024 06:51 PM

KOTA BHARU, 1 Mei (Bernama)  -- Hibiscus Petroleum Berhad (Hibiscus Petroleum) menyasarkan untuk memanfaatkan limpahan ekonomi di Tok Bali, Kelantan dengan menjadikannya sebagai salah satu hab operasi syarikat minyak dan gas (O&G) itu.

Pengurus Negara Hibiscus Malaysia dan Vietnam Dr Pascal Hos berkata Tok Bali berperanan sebagai pangkalan bagi penghantaran petrol dan minyak.

“Bagi memastikan kehadiran kami memberi manfaat kepada penduduk tempatan serta di Tok Bali, kami sentiasa meninjau pendekatan baharu dalam membantu masyarakat.

“Kami juga berada di Sabah, tetapi mahu memastikan operasi dijalankan banyak membantu masyarakat sekitar kawasan itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri syarikat itu di sini, hari ini.

Pascal berkata kerajaan negeri telah menyokong Hibiscus Petroleum dan syarikat itu secara konsisten bekerjasama dengan agensi lain untuk mencapai faedah bersama.

“Hasilnya, dari segi apa yang kami harapkan untuk dicapai pada masa hadapan, kami melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk mendekati organisasi kerajaan, institusi pendidikan dan masyarakat secara keseluruhannya dengan cara yang paling berfaedah,” katanya.

Menurutnya, menjelang suku pertama tahun ini, Hibiscus telah melengkapkan peralihan daripada pangkalan bekalannya di Kemaman kepada Tok Bali.

"Semua pekerja telah berpindah dari Kemaman, Terengganu ke Tok Bali, di mana mereka terlibat secara aktif dalam kempen penggerudian dan operasi lain yang berkaitan," katanya.

Beliau berkata Hibiscus Petroleum telah mula menjalankan program CSR di Kelantan dan berhasrat untuk mengembangkannya pada depan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan