KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Peneraju teknologi kamera telefon pintar terkemuka dunia, HONOR menganjurkan pertandingan fotografi 'The HONOR Magic Moments Awards'.
HONOR dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pertandingan tahunan yang dianjurkan buat kali keempat itu bermula sekarang hingga 6 Ogos.
“Rakyat Malaysia yang menggemari fotografi dipelawa menyertai pertandingan berkenaan yang menampilkan enam kategori iaitu On the Way, We, Protection, The Moment, The Story and Video. Sejumlah 59 hadiah menarik menanti peserta,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Peserta digalakkan menggunakan telefon pintar HONOR mereka bagi memanfaatkan kuasa teknologi untuk merakam kisah dan emosi manusia merentas pelbagai tema, manakala kategori Protection mengalu-alukan penyertaan mendokumentasikan usaha manusia ke arah masa depan yang mampan.
Menurut HONOR, peserta berpeluang memenangi anugerah Photographer of the Year yang menyediakan hadiah wang tunai RM10,000 manakala dua pemenang Master of Photography Award bakal menerima RM5,000 setiap seorang.
“Tiga pemenang Prestigious Photographer Award bakal membawa pulang HONOR Magic6 Pro manakala 10 pemenang HONORable Photographer Award akan menerima telefon pintar terbaharu HONOR Number Series.
“Selain itu, para peserta juga berpeluang merangkul hadiah bernilai lebih US$100,000 termasuk US$15,000 untuk Photographer of the Year. Pemenang akan diumumkan pada September ini,” menurut syarikat itu.
Ketua Pegawai Eksekutif HONOR George Zhao berkata sejak edisi pertama tiga tahun lepas, pertandingan itu telah menerima lebih sejuta penyertaan daripada 51 negara dan wilayah, menyaksikan jumlah peserta seramai 320,000 dari seluruh dunia.
"HONOR Magic Moments Awards ditubuhkan pada 2021 yang berfungsi sebagai platform global untuk pertukaran fotografi mudah alih, memberi inspirasi kepada pengguna mengetengahkan kreativiti selain berperanan sebagai platform bagi semua tanpa mengira jurugambar profesional ataupun pengguna telefon pintar,” katanya dalam kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial