JENAYAH & MAHKAMAH

MAYAT TANPA IDENTITI DITEMUKAN TERAPUNG DI SUNGAI LINGGI

27/04/2024 07:47 PM

SEREMBAN, 27 April (Bernama) -- Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan mayat itu pada 2 petang daripada lelaki berusia 63 tahun yang sedang menjala ikan.

“Kita percaya lelaki yang hanya memakai seluar jean itu meninggal dunia antara tiga hingga empat hari lepas berdasarkan mayatnya yang mereput dan berbau,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata pemeriksaan menemukan tatu pada tangan kiri dan kanan lelaki itu, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai padanya.

 Menurut Mohamad Hatta mayat berkenaan berkemungkinan hanyut dari Sungai Ulu Bendul dan sehubungan itu, orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan penemuan mayat itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan