AM

21 RUMAH ROSAK AKIBAT RIBUT DI BALING

25/04/2024 09:14 AM

BALING, 25 April (Bernama) -- Sebanyak 21 rumah penduduk di sekitar Mukim Siong, Tawar, Pulai, Bakai dan Mukim Teloi Kanan di daerah ini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut, petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Lt. (Pertahanan Awam) Mohd Faizol Ab Aziz berkata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima aduan daripada orang awam pada 6 petang dan seramai 15 petugas digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang semalam bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kawasan yang terjejas akibat ribut termasuklah tiga buah rumah di Mukim Siong, lapan rumah di Mukim Tawar, tiga rumah di Mukim Pulai, dua rumah di Mukim Bakai dan lima rumah di Mukim Felda Teloi Kanan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya APM telah membersih dan mengalihkan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas serta pokok yang menimpa rumah penduduk.

"Operasi pembersihan rumah yang terjejas dan kerja memotong pokok-pokok yang tumbang akan diteruskan hari ini," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan