POLITIK

Majlis Pengumuman Calon Kerajaan Perpaduan Beri Penghormatan Kepada Mangsa Nahas Helikopter

24/04/2024 11:12 PM

HULU SELANGOR, 24 April (Bernama) -- Majlis pengumuman calon mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dimulakan dengan bertafakur untuk memberi penghormatan kepada 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak semalam.

Hampir seribu hadirin terdiri daripada pelbagai kaum dilihat bertafakur selama seminit mengikut kepercayaan masing-masing.

"Marilah kita bersama-sama bertafakur bagi menghormati 10 anggota tentera yang terkorban dalam nahas helikopter semalam," kata pengacara majlis.

Tragedi pada 9.32 pagi semalam menyaksikan 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan