AM

Nahas Helikopter Tldm: Tiga Wanita, Dua Pegawai Memerintah Antara 10 Terkorban

24/04/2024 06:03 PM

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi tadi.

TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga wanita terbabit adalah kru daripada Pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) iaitu Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna yang ketiga-tiganya merupakan penumpang di dalam helikopter malang tersebut.

Sementara dua Pegawai Memerintah itu masing-masing adalah Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Pegawai Memerintah Skuadron 502 Komander Muhamad Amir Mohamad.

Lima lagi identiti mangsa yang terkorban seperti berikut:

 

Pesawat HOM-AW139 

  1. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
  2. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
  3. Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun

Pesawat Fennec (M502-6)

  1. Leftenan Sivasutan Thanjappan
  2. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi

“TLDM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan