EKONOMI

RIZAB ANTARABANGSA BNM BERJUMLAH US$113.4 BILION PADA 15 APRIL 2024

22/04/2024 05:27 PM

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024. 

Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah US$100.1 bilion, diikuti kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM630.93 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM536.93 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.99 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.66  bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.53 bilion), tanah dan bangunan (RM4.12 bilion) dan aset-aset lain (RM50.67 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM192 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.25 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM142.29 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM6.09 bilion), deposit lain (RM63.64 bilion), kertas Bank Negara (RM20.70 bilion), peruntukan SDR (RM30.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.62 bilion).

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan