EKONOMI

KADAR JANGKA PENDEK DIUNJUR KEKAL STABIL DENGAN OPERASI BNM

22/04/2024 12:28 PM

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM22.94 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.37 bilion dalam dana Islam.

Pada hari ini, bank pusat itu akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM300 juta, masing-masing bagi tempoh tujuh hari dan 14 hari, tender Qard bernilai RM300 juta untuk tujuh hari dan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion selama 31 hari dan 91 hari.

 BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM24.3 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM16.1 bilion.

Selain itu, bank pusat berkenaan menyatakan ia berhak menolak bidaan bank untuk tender semalaman jika kedudukan mudah tunai tidak dilaporkan sebelum 4 petang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan