JENAYAH & MAHKAMAH

LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI PANTAI MEK MAS

21/04/2024 10:40 PM

KOTA BHARU, 21 April (Bernama) -- Seorang lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas, Kampung Kedai Buloh, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan lelaki berusia 28 tahun itu pada 7.15 malam.

Beliau berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu digegaskan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Apabila tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah bot telah terdampar di tepi pantai bersama barangan milik mangsa," katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurut jurucakap itu, mangsa disyaki terjatuh ke laut manakala operasi mencari dan menyelamat di kawasan terlibat masih dijalankan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan