AM

POLIS P.PINANG SITA EMPAT MOTOSIKAL, KELUARKAN 60 SAMAN

21/04/2024 02:40 PM

BUTTERWORTH, 21 April (Bernama) -- Empat motosikal disita dan 60 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu membendung kegiatan samseng jalanan di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang di sini awal pagi tadi.

Menurut hantaran Facebook Polis Pulau Pinang, operasi yang bermula 9 malam hingga 1 pagi tadi dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

"Selain itu, pihak JPJ telah mengeluarkan sebanyak 68 saman dan 18 notis pemeriksaan teknikal manakala JAS pula mengeluarkan notis di bawah Seksyen 48A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Ujian Bunyi) terhadap lapan buah kenderaan," menurut hantaran itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan