SUKAN

Raja Permaisuri Agong Berangkat Menyaksikan Perlumbaan Gt World Challenge Asia

20/04/2024 11:06 PM

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke perlumbaan pembuka tirai siri GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang. 

Keberangkatan Seri Paduka Baginda adalah bagi menyaksikan penyertaan paduka anakanda iaitu putera bongsu, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar malam ini.

Bersama-sama rakan sepasukan Jordan Love, Tunku Abu Bakar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-7 dalam kategori Pro-Am dan ke-10 bagi keseluruhan perlumbaan yang disertai 33 kereta lain.

Turut berangkat Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim serta Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Perlumbaan kedua bakal berlangsung pada 11.30 pagi esok dan akan disiarkan secara langsung di saluran GT World di YouTube.

-- BERNAMA 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan