AM

INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KPM PERLU PATUHI GARIS PANDUAN ANJUR AKTIVITI LUAR

20/04/2024 06:38 PM

SEREMBAN, 20 April (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah. 

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya komited memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa diberi perhatian.

Terdahulu, KPM menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga  pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar di Kuala Pilah dekat sini iaitu Nuqman Naufal Shamsul Fadzli yang meninggal dunia ketika menyertai aktiviti merentas desa semalam.

“KPM menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga Allahyarham Nuqman Naufal. Pada masa sama, KPM telah mengambil tindakan segera untuk memberi bantuan kebajikan kepada pihak keluarga,” katanya.

Nuqman Naufal,14, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata keterangan bapa pelajar itu mendapati Nuqman Naufal menghidap jantung berlubang pada 2016 dan mempunyai kad rawatan dari Institut Jantung Negara selain sentiasa dibekalkan dengan ubat-ubatan.  

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan