AM

SULTAN KEDAH BERKENAN MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI DI ISTANA ANAK BUKIT

20/04/2024 03:57 PM

ALOR SETAR, 20 April (Bernama) -- Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Tuanku Sultan Kedah dan Keluarga Diraja di Balai Santapan Besar, Istana Anak Bukit di sini, hari ini.

Turut berangkat Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Zubir Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Seri Norizan Khazali dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Majlis turut dihadiri ketua jabatan peringkat negeri dan Persekutuan, pegawai kerajaan selain bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Osman Aroff dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Nur-ul Afida Kamaludin dan Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST) Farrah Naz Karim.

Pada majlis itu, Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha serta keluarga diraja menikmati juadah Aidilfitri yang disediakan dan berkenaan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan