SUKAN

Fasa Pertama Litar Pasir Gudang Dijangka Siap Dalam Tempoh Tiga Tahun - Tunku Abdul Rahman

19/04/2024 09:36 PM

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama ‘Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Tunku Abdul Rahman berkata apabila siap sepenuhnya, ia bakal menjadi gelanggang rasmi bagi pasukan permotorannya, Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR). 

“Insya-Allah, saya rasa fasa pertama lebih kurang dua ke tiga tahun sebab banyak lagi kita nak tambah baik sebab trek itu dibuat pada tahun 80-an, jadi kita kena ikut peraturan di bawah Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

“Itu sebab kita tutup trek, tak buka untuk elak kemalangan, untuk keselamatan rakyat, kita ambil alih. Setakat ini, semestinya untuk JMR, perancangan utama memang untuk berpangkalan di situ,”  katanya kepada pemberita di Litar Antarabangsa Sepang dekat sini hari ini. 

Beliau berkata pembangunan Litar Pasir Gudang, yang dibuka pada 1986 dan ditutup pada 2017, tergendala disebabkan oleh banyak faktor termasuk pandemik COVID-19.

Tunku Abdul Rahman turut merancang menubuhkan akademi bagi sukan permotoran itu jika Litar Pasir Gudang siap sepenuhnya. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan