AM

BANJIR DI MELAKA, NEGERI SEMBILAN PULIH, MANGSA DI SELANGOR MENURUN

18/04/2024 11:42 PM

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 483 orang malam ini berbanding 597 orang pada 4 petang tadi.

Daripada jumlah itu, sebanyak 227 mangsa daripada 62 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Klang, manakala 256 mangsa daripada 55 keluarga di sebuah lagi PPS di Petaling Jaya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan