JENAYAH & MAHKAMAH

NAHAS BABITKAN TUJUH KENDERAAN: TIGA PENUNGGANG MOTOSIKAL DILAPOR STABIL - POLIS

18/04/2024 12:42 AM

KOTA BHARU, 17 April (Bernama) -- Tiga daripada enam penunggang motosikal yang terlibat nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 9.9 Lebuhraya Ketereh-Kota Bharu di sini kelmarin berada dalam keadaan stabil.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata Erzat Che Johan, 41, Muhammad Alif Ikhwan Mohd Adnan, 19, dan Muhammad Izlan Hakimi Mohd Yusof, 21, masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Semalam, tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera parah akibat berlanggar sesama sendiri dalam nahas membabitkan enam motosikal dan sebuah kereta.

Mangsa terdiri daripada penunggang motosikal berumur lingkungan 19 hingga 21 tahun yang menunggang secara berkumpulan dari arah Ketereh menghala ke Kota Bharu.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan