AM

PELAKSANAAN PENUH DLP DI SABAH PERLU AMBIL KIRA BEBERAPA PERKARA - PENGARAH PENDIDIKAN

17/04/2024 04:36 PM

KOTA KINABALU, 17 April (Bernama) -- Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum program dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) dapat dilaksanakan sepenuhnya di sekolah-sekolah di Sabah, kata Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Raisin Saidin.

Bagaimanapun beliau berkata negeri Sabah akur dengan pelaksanaan program itu dan telah mengorak langkah memperhalusinya, supaya ia memberi kesan positif untuk sektor pendidikan negeri.

"Kita perlu pastikan program berkenaan berjaya dilaksanakan dalam tempoh enam tahun tanpa henti dan kita memerlukan guru-guru yang mahir dalam bahasa Inggeris, ini perkara yang saya lihat perlu diberi perhatian," katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Jelajah Madani Landskap Baharu Pendidikan Sabah 2024 peringkat Zon 1 di sini hari ini, beliau berkata pelaksanaan DLP sepenuhnya di Sabah perlu mengambil kira pelbagai sudut, termasuk penerimaan dan kesediaan murid itu sendiri.

Raisin berkata pihaknya memang amat menggalakkan agar setiap sekolah di Sabah memilih sekolah untuk melaksanakan DLP, dan pada dasarnya pemilihan sekolah-sekolah berkenaan bermula dengan permintaan daripada sekolah itu sendiri jabatan pendidikan.

Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri Sabah komited mewujudkan landskap baharu pendidikan dengan memastikan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti sebagai matlamat utama dalam kerja buat warga pendidikan di setiap peringkat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan