AM

BEBERAPA KAWASAN DI SEREMBAN, REMBAU DILANDA BANJIR KILAT

16/04/2024 09:51 PM

SEREMBAN, 16 April (Bernama) -- Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sini dan Rembau dilanda banjir kilat.

Sekretariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan antara kawasan terjejas di Seremban ialah Kampung Ismail, Kampung Semarak, Blok B dan C Ampangan, Kampung Jiboi, Taman Happy, Kampung Batu 3 dan Kampung Kuala Sawah. 

“Di Rembau, banjir kilat berlaku di Kampung Titian Bintangor.

“Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas,” menurut kenyataan itu.

Menurut sekretariat berkenaan trend air di beberapa kawasan juga ketika ini meningkat dan APM sedang melakukan pemantauan di kawasan berisiko.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan