AM

Tiga Pps Dibuka Di Melaka, Tempatkan 122 Mangsa Setakat 8 Pagi

15/04/2024 09:43 AM

MELAKA, 15 April (Bernama) -- Sebanyak 122 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka setakat 8 pagi ini susulan banjir kilat yang melanda akibat hujan lebat sejak petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata satu PPS dibuka di daerah Melaka Tengah iaitu di Japerun Ayer Keroh pada 11 malam tadi yang menempatkan 12 mangsa daripada dua keluarga.

"Di daerah Alor Gajah, sebanyak 72 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dan 38 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Balai.

"Antara kawasan terjejas di daerah Alor Gajah ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melaka, Kampung Bukit Balai, Taman Murai Jaya, Kampung Padang Keladi, Kampung Belimbing Dalam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Durian Tunggal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kamarulsyah, kawasan yang terjejas di Melaka Tengah adalah Kampung Sungai Putat, Taman Melawis Bukit Beruang, Taman Ayer Keroh Heights dan Kampung Enam.

Beliau berkata hujan lebat sejak 4 petang semalam telah menyebabkan air sungai melimpah di kawasan perumahan dan jalan raya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan