AM

Enam Perayaan Disambut Minggu Ini Cerminkan Kepelbagaian Di Malaysia - Aaron

15/04/2024 11:56 AM

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Enam perayaan yang disambut dalam minggu ini di Malaysia telah menunjukkan kepelbagaian sebagai aset terbesar negara, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di negara ini adalah aset penting yang perlu dipelihara serta dipertahankan oleh rakyat.

“Ramai mesti tidak tahu, minggu ini sahaja terdapat enam perayaan telah disambut di negara ini. Kepelbagaian di Malaysia adalah aset terbesar dan bernilai kepada kita semua.

“Hanya di negara ini kita menyambut pelbagai perayaan. Minggu ini sahaja Hari Raya Aidilfitri, Ugadi, Tahun Baharu Tamil, Vaisakhi, Hari Vishu dan Songkran,” katanya dalam ciapan menerusi akaun X milik beliau.

Beliau turut berkongsi gambar masyarakat pelbagai latar belakang yang menyambut perayaan masing-masing.

Semalam, masyarakat Tamil menyambut Tahun Baharu Tamil di Little India, Brickfields di sini dengan penuh istimewa apabila ia dianjurkan hasil kerjasama pelbagai persatuan Tamil dan Hindu utama di negara ini.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy berkata acara yang diraikan bersama itu perlu diteruskan bagi memupuk persefahaman dalam kalangan masyarakat.

-- BERNAMA


 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan